Bengkel Pemasaran Digital Ekelas Usahawan (Modul 1: Strategi Pemasaran Digital)

10 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Ogos 2026, telah berlangsung Bengkel Pemasaran Digital eKelas Usahawan secara atas talian di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Bengkel ini merupakan program komuniti yang memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta khususnya dalam memperkasa usahawan untuk menghadapi cabaran perniagaan pada masa hadapan melalui penggunaan teknologi dan pemasaran digital.

Bengkel pada kali ini memberi fokus kepada Modul 1: Strategi Pemasaran Digital. Peserta diperkenalkan kepada konsep pemasaran digital serta perbezaannya dengan kaedah pemasaran tradisional. Pemasaran digital membolehkan usahawan menjalankan aktiviti pemasaran dengan kos yang lebih berpatutan, mencapai pasaran yang lebih luas dan tersasar serta membolehkan hasil kempen pemasaran diukur dengan lebih berkesan.Selain itu, peserta turut diberikan pendedahan mengenai beberapa saluran utama pemasaran digital seperti media sosial, laman web, e-mel, enjin carian dan aplikasi mudah alih. Penggunaan saluran digital yang sesuai dapat membantu usahawan memperkenalkan produk dan perkhidmatan, berkomunikasi dengan pelanggan serta meningkatkan capaian perniagaan kepada kumpulan sasaran.Bengkel turut menyentuh mengenai kepentingan media digital sebagai kandungan yang boleh dibuat, dilihat, diedarkan, diubah suai dan disimpan melalui peranti elektronik digital.

Pengetahuan ini penting bagi membantu usahawan memahami peranan kandungan digital dalam membina strategi pemasaran dan komunikasi perniagaan yang lebih berkesan.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain sebagai pusat pembelajaran. Program ini juga dapat membantu memperkasa usahawan tempatan dengan kemahiran pemasaran digital, memperluaskan pasaran serta meningkatkan potensi perniagaan dan pendapatan melalui penggunaan platform digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali